Wednesday 30 November 2016

Pembentangan Tugasan menggunakan PREZI

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum :)


Selamat pagi..dah sarapan ke belum? Kalau belum mai sama-sama p menyorok kat Kafe KAB, pekena roti canai teloq. Saya belanja, hampa bayar. Ok.

Sebelum ni, selalunya pelajar  nak membentangkan  hasil kerja ataupun idea akan selalu guna Microsoft PowerPoint kerana melalui ia kita mampu menghasilkan slaid-slaid persembahan yang menarik. Persembahan elektronik biasanya digunakan untuk tujuan pembentangan seperti pembentangan seminar, pembentangan oleh kuliah oleh pensyarah dan pembentangan tugasan oleh pelajar. 

Tetapi, saya tak nak cerita pasal Microsoft PowerPoint ni,sebab ada lagi satu perisian pembentangan online yang boleh kamu hasilkan slaid-slaid persembahan yang lebih menarik & gempak. Jeng jeng jengg...

PREZI !! 



Apa yang menariknya Prezi ni, dia sudah sediakan template persembahan slaid, sangat banyak, hanya perlu pilih dan edit untuk diletakkan maklumat pembentangan. Yang tidak menariknya, kena bayar, ada la kategori dia, tapi saya guna yang percubaan ja (baca trial).. Pautan  (baca link)  di bawah adalah hasil slaid pembentangan saya mengenai demam denggi menggunakan perisian Prezi.


⇓⇓

Saturday 26 November 2016

Cara membuat Table of Content,Citation, List of Figure & Table menggunakan Microsoft Word


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum :)

Salam zohor, salam Perak Amanjaya..dalam entri-entri yang lepas saya sudah  tunjukkan tutorial untuk menghasilkan sijil penyertaan dan membuat lembaran data menggunakan Microsoft Excel. Jadi hari ini, saya nak tunjukkan satu video tutorial cara membuat Table of Content,Citation, List of Figure & Table menggunakan Microsoft Word . Kita buat video supaya senang korang faham dan ia merupakan pertama kali  buat saya menghasilkan video tutorial.

Perisian (baca Software) yang digunakan adalah Camstudio dan Windows Movie Maker. Mula-mula nak hasilkan video ni memang akan rasa susah, sebab tidak biasa. Tapi atas bantuan Mr Google &  Mr YouTube saya rasa wooww, sangat menarik, sangat ohsemm,,benda dah lama ada tapi baru sekarang mengeksplorasi..rasa dah ketinggalan jauh dah ni..ICT itu luas..ehmm

so, enjoy yourself & watch  this video ☺




Bawah ni merupakan link bagi thesis yang saya dah edit
Klik ⇊ untuk melihat 



Friday 25 November 2016

Membina Sijil Penyertaan Menggunakan Microsoft Word

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum :)

Di bawah ini merupakan hasil kerja TUGASAN 1 yang berkaitan dengan MICROSOFT WORD. Perisian pemprosesan perkataan ini dipelajari pada minggu pertama untuk kursus KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (MTE3012) bagi KUMPULAN AB.

Bagi mencapai kemahiran penggunaan Microsoft Word 2010,saya telah menggunakan kaedah Mel Cantum(mail merge). Dengan mail merge,saya dapat menyiapkan dan mencetak beberapa salinan sijil yang mempunyai nama peserta yang berbeza tetapi isi kandungan yang sama.

1. Sijil yang dihasilkan melibatkan perubahan nama peserta sahaja.
     
    Klik Mailings > Start Mail Merge > Step by Step Mail Merge Wizard 

Rajah 1 : Cara- cara memulakan Mail merge

2. Untuk membina senarai peserta. Pada Select document type > Letters > Next: Starting document.



Rajah 2 : Langkah-langkah yang perlu diikuti

3. Memandangkan saya sudah siapkan templat sijil, saya hanya perlu klik pada Use the current document > Next Select recipients.

           
Rajah 3

4. Kemudian taip senarai nama pemain bola sepak di Type a new list > Create. Kotak New Adress List akan dipaparkan.

Rajah 4

5. Jadual dalam New Adress List mengandungi banyak medan data. Saya hanya memilih medan data yang diperlukan sahaja iaitu First Name & Last Name seperti  Rajah 5.

6. Sebelum itu, klik pada Customize Columns dan pilih Field Names yang tidak diperlukan dan pilih pada Select > Delete. Setelah selesai klik OK

7. Apabila ingin menambah rekod senarai nama peserta hanya klik New Entry. Setelah selesai klik OK.


Rajah 5 

8. Simpan senarai nama peserta dalam satu folder yang menggunakan format Microsoft Access(.mdb) seperti Rajah 6. Ia boleh diambil semula untuk tujuan penambahan atau kemas kini rekod.

Rajah 6 : Folder nama yang disimpan dalam format Microsoft Access(.mdb) 

9. Klik Select All untuk menempatkan semua rekod ke atas surat yang telah ditaip dan klik OK. Klik Next:Write you letter.

 
 Rajah 7: Rekod nama peserta yang dimasukkan

10. Setelah sijil selesai ditaip lengkap, pilih Greeting Line. Kotak dialog Insert Address Block dipaparkan.

 
Rajah 8

11. Klik OK, perkataan {{First Name}} {{Last Name}} yang dipaparkan di kedudukan yang betul.

Rajah 9


12. Klik Next: Preview your letters (Nama peserta pertama dipaparkan) > Next: Complete the merge (jika telah selesai proses ini).


Rajah 10 

13. Seterusnya proses cetakan, klik Print atau Edit individual letters sekiranya ada perubahan bagi surat tertentu.


Rajah 11: Proses cetakan sijil 



MISSION COMPLETE!!! TAHNIAH n_n

Rajah 12 : Salah satu sijil penyertaan yang dihasilkan


Klik di bawah untuk membuka file dalam bentuk MICROSOFT WORD
⇓⇓








Monday 7 November 2016

Membina Lembaran Kerja Pencapaian Pelajar Menggunakan Microsoft Excel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

assalamualaikum :)

Minggu ke-2, saya dia ajar macam mana nak buat satu lembaran kerja yang mengandungi senarai nama pelajar, Markah, Gred dan Graf. Sebelum ni selalunya saya guna Microsoft Word untuk menghasilkan senarai tapi dia punya kerja akan ambil masa yang lama untuk siapkan dan agak leceh. Kini,seterusnya dan Insha Allah selamanya saya sudah mengetahui cara yang amat mudah dan cepat. Tidak perlu taip satu persatu untuk ,membina  jadual, dan graf satu-satu. Microsoft Excel adalah pakar segalanya.

MEMBINA HELAIAN KERJA UJIAN BULANAN 3 ABID

A. MENAMAKAN HELAIAN BARU 

1. Setiap mestilah diberikan nama masing-masing.

2. Dalam helaian ini, satu senarai nama pelajar dan markah dibina.

3. klik Format > Organize Sheets > Rename Sheet > taipkan MAKLUMAT PELAJAR & MARKAH > tekan ENTER

Rajah 1: Klik gambar untuk lebih jelas

4. 'Bil','Nama Pelajar', 'Gred' di taip serta markah pada mata pelajaran Bahasa Melayu dimasukkan seperti Rajah 2 di bawah:


Rajah 2 : Memasukkan data markah Bahasa Melayu

B. MENGGUNAKAN KESAHAN (VALIDATION)

1. Klik pada sel C2 > Menu Bar > Data > Data Validation > Allow > pilih whole number > pada Data pilih less than or equal to dan taip 100 (julat markah 0-100) > OK

Rajah 3 : Cara menghasilkan julat markah menggunakan 'Data Validation'

2. Ulangi langkah ini untuk markah pelajaran yang lain
*sekiranya tersilap taip melebihi nilai dalam julat, skrin kesalahan akan dipaparkan.

3. Simpan fail kerja anda :)

C. MEMBINA GRED MENGGUNAKAN VLOOKUP

1. Bina jadual Skala Gred dan pastikan skala di susun dari nilai rendah ke tinggi,jika tidak formula VLOOKUP yang digunakan akan paparkan gred yang salah.

Rajah 4: Memasukan gred markah

2. Klik helaian MAKLUMAT PELAJAR & MARKAH > klik kotak D2(Bahasa Melayu) > Menu Bar > Formulas >Fx Insert Function > or select a category > Lookup & Reference > select a function > VLOOKUP > OK


Rajah 5 : Menghasilkan gred markah menggunakan Vlookup

3. Kotak Function Arguments bagi VLOOKUP dipaparkan seperti Rajah 6 dibawah.


4. Lookup-Value : Klik C2 ('Maklumat Pelajar & Markah') markah  yang hendak diberikan gred.

  Table-array : Helaian 'Gred'& highlightkan pada sel B5:C15  (jadual skala gred)serta perlu di tambah simbol $ seperti B$5:C$15.
    col_index_num : taipkan 2
    Range_Lookup : taipkan 'TRUE'

*setelah selesai formula =VLOOKUP(C2;GRED!B$5:C$15;2;TRUE) akan terbentuk di sel aktif.

    



Rajah 6 : Kotak Function Arguments bagi VLOOKUP

5. Untuk seterusnya,klik hujung sel D2 ke sel D31 untuk disalin ke sel-sel lain.


6. Langkah yang sama untuk VLOOKUP bagi mata pelajaran yang lain.


7. Hasilnya seperti Rajah 7 di bawah : 


Rajah 7: Data markah setiap mata pelajaran yang terhasil

D. MENGGUNAKAN COUNTIF


1. Countif digunakan untuk mengira jumlah bagi setiap skala gred yang diperolehi.


2. Langkah- langkahnya:


Salin skala gred & letakkan pada kotak sel di helaian Maklumat Pelajar & Markah > klik D33 > Menu Bar > Formulas > Fx Insert Function > or select a category > Statistical > select a function : COUNTIF  > OK




Rajah 8 :Cara-cara  mengira jumlah bagi setiap skala gred menggunakan Countif


3. Pada kotak Function Arguments bagi COUNTIF dipaparkan:


Range : D2 - D21(gred yang dibina) tetapi perlu di tambah simbol $ menjadi seperti D$2:D$21

Criteria: taipkan "TH"

*formula =COUNTIF(D$2:D$21;"TH") akan terbentuk pada sel aktif




Rajah 9 : Paparan dari kotak Function Arguments

4. Formula  COUNTIF dimasukkan untuk setiap skala gred :



Jadual 1 : Formula countif yang perlu dimasukkan mengikut skala gred

5. Langkah yang sama digunakan untuk skala gred mata pelajaran yang berikutnya.


E. MENGGUNAKAN SUM   (JUMLAH)


1. Mengira jumlah bilangan skala gred untuk memastikan ia sama dengan jumlah pelajar yang mengambil ujian bulanan.


klik D44 > Formulas > Auto Sum > Automatik sel D33 -D43 di highlightkan > ENTER


2. Jumlah 20 dipaparkan menandakan sama dengan jumlah pelajar 20 orang.


3. Lakukan langkah yang sama untuk mata pelajaran yang lain.



Rajah 10 : Auto sum digunakan untuk memastikan jumlah pelajar adalah sama.

F. HELAIAN KERJA : CARTA PRESTASI


Menu BAR > Insert > Column (pilih 2-D Column) > Carta 'Column' dipaparkan




Rajah 11 : Membina  graf daripada data yang dihasilkan

1. Pindahkan carta itu ke helaian kerja 'GRAF'


        Move Chart >  OK



Rajah 12 : Cara-cara menghasilkan graf 



2. Untuk mengubah tajuk Series pada graf :


Di helaian Graf  > klik carta > Menu > Design > Select Data > kotak Legend Entries (Series) > Series > Edit  > taipkan Bahasa Melayu > OK



Rajah 13

3. Memasukkan tajuk Axis (tajuk paksi mendatar dan menegak)


Di helaian Graf  > klik carta Bahasa Melayu > Menu bar > Layout


Paksi mengufuk:  Axis Titles > Primary Horizontal Axis Titles > Title Below Axis > tukar kepada Gred


Paksi mencacang: Axis Titles > Primary Vertical  Axis Titles > Rotate Title  > Bilangan Pelajar





Rajah 14 : Graf-graf bilangan pelajar dan gred bagi setiap mata pelajaran 


Di bawah merupakan link bagi file yang dihasilkan menggunakan MICROSOFT EXCEL, 
sila klik ⇩⇩